Tuesday, 21 July 2015

Corat coret Raya 2015

Hi.
Oke tunggu jap. Nak sapu sawang ni haa..(buat action sapu sawang)
hohoho.. Ye. Paham. Belog ni dah bersawang.
Tahap kemalasan tolonggggg la pahamm. Pemalas yang amat.
So hari ni baru tergedik2 balik nak hapdet belog.
Stalk belog orang lain kemain laju lagi hakak. Heheh.
Lagi pun skang kan zaman insta insta ni. Semua yang update pun update gambar, update life memasing dekat insta kan?
Hakak ni haaaa? Nak hapdet pun bukan ada apa nak hapdet.. I am no celebrity blogger dik nonnnnn...
Last aku hapdet belog ni ialah pada bulan satu a.k.a Januari. Hahaha.. Gila pemalas. Pemalas pun tak gila macam ni weh.
 Well macam yang aku cakap tadi laaaa.. mana ada orang baca belog aku ni. Aku je dok mengomel sorang2 depan PC ni ha...
Kot ada yang baca pun silent reader kot.
Tak ada pun yang tinggal jejak kat blog aku ni ha. Bukan jejak tapak kaki yea. Comments la maksud aku. Ke korang tak boleh nak komen ke macam mana?
Jap lagi aku nak skodeng jap widget aku.
So, kalau ada readers yang dah baca, please do leave some comments ok? Cakap hai pun oke dah....At least aku tau comment box aku tu functional.

Since dah lama tak menulis..otak aku dah tepu. Tak tahu la nak tulis apa lagi? Nak update resipi tu...boleh la. Next entry yea. Nak sumbat entry kali ni pun ok jugak. Muntah hijau la korang baca. Baca sampai lebam. Miahahaa.

Panjang tak mukadimmah kak enon dik non? Itu baru mukdimah yea. Hihi. Kalau ada yang tanya aku kenapa lama tak update belog? Aku akan jawab saje malas! Amboiii...sombongnye...Kemain lagi jawapan tu sombong nau macam lah kau tu retissssss...

Hari ni dah 5 Syawal. Sekejap je kan. Tu la dunia ni nak kiamat dah. Masa berlalu cepat nau. Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan suami. Best woih..(macam aku sorang je ade laki..mohon tampar sedas. Kekeke)
Tahun ni tema grey. 4 Shades of Grey sebab ade 4 orang je. Aku, suami aku, abah and mama. Bukan 50 Shades of Grey yea. Haiipppp! Tak mau lucah2 dalam belog akak ni yea. Blog ni 'U' oke. Untuk tatapan umum.
Lepas tu aku tengok ramaiiii nau yang pakai baju warna grey tahun ni. Kawan-kawan aku la. Yang retis or celeb aku tak tau la kan.
At first masa abah aku beli kain warna grey aku dah macam huk alohhhh seriously grey? Tak cantik ah! Giteww.
Lepas tu, hakak pulak yang excited terlebih. Beli baju sampai lebih dari sepasang. Konon macam banyak sangat rumah terbuka and open house nak pergi. Feeling2 Che Ta leteww konon2 banyak undangan.Tapi, nan hado oke. Start koje pun raya ke 4. Untuk sedapkan hati, kita simpan dulu baju-baju tu buat pakai pergi kenduri ke or apa2 majlis nanti yea.

This year, our first raya as husband and wife was at my side of family (since we live with our parents). Dah kenapa aku speaking London macam baru balik dari England kekdahnya. Ceh. Meluat betoi. Hahaha. So, rutin pagi raya tak perlu la aku cerita sebab sama je dengan orang lain. (sembahyang raya,makan juadah raya,salam bersalaman).

Cuma tahun ni panjang pulak khutbah raya. Yang aku ni bertuah boleh tersengguk-sengguk tertido oke. Kuang hajo pagi2 raya dah buat dosa. Ceh. Sampai pukul 9.45am kekdahnya. Lepas tu terus la ke rumah nenek aku. Tengok2 lengang dah. Sapo pun nan hado. Cuma pintu kayu rumah nenek aku tu terbukak, kitorang syak nenek aku ada kat dalam. Dia just lock grill je.

Sangkaan kitorang tidak meleset sama sekali (ayat novel pulok dah kenapaaaaa. Meh tampor laju2). Nenek aku memang ada kat dalam. Tengah istirehat tengok tv. Aku tanya la nenek kenapa tak ikot semua orang pergi beraya rumah Mak Ngah ?(refer to the pak ciks and mak ciks)
Ah,malas aku! Katanya.... Huhu. Nenek aku dah 90++  tahun ni, mau nye dia nak ikut beraya sana sini? Kirim salammmmmm. Berehat kat rumah lagi baik katanya. Elok jugak kan.

Lepas tu bergegas la aku seisi familia pergi umah Mak Ngah. Tahun ni raya pertama macam rushing sikit. Sebab nak kejar Solat Jumaat kan. So, semua nak cepaaatt je.

Raya kedua, pagi tu aku and husband pergi la ke Gombak. Sebab rumah nenek dia kat Gombak. Mak mertua aku pun ada sana. So, moh la kita ke Gombak. Highway langsung tak jem. Memang smooth je perjalanan kitorang. Alhamdulillah.

Dah sampai tu, biasa la pergi beraya semua kan. (Malas nak type dah..) So far, so good la raya tahun ni. Naik kembang tekak kak enon tengok rendang dikk.. Sana sini orang hidang rendang. Ye la dah raya kan? Harus la ada rendang. Tak kan nak hidang pizza pulok? Releven la cikit woih (cakap kat diri sendiri). Tekak bajet omputih leteww bosan dengan rendang. Penampor sedas kang baru tau. Hehe.

Lepas tu dah petang raya sikit, balik rumah bukak FB. Wah sana sini orang hapdet beraya dengan familia. Meriah fesbuk. Warna warni Aidilfitri. Ewahh.. Hihi. Aku pun taknak kalah. Update jugak walaupun gambar tak center. Husband cakap, laaaa..pasai pa hang dok post gambaq tak center nih? Ishh hang ni laaa..
Oke aku tipuu.. Husband I tak cakap utara oke. Dia cakap KL. Aku je drama queen. Tapi betul la dia tak puas hati gambar yang aku post tu. Hihih.

Aku kan main bedal je. Yang penting akak gorjes dalam gambau itu. Matik la puji diri sendiri kan. Miahahahaha...

Eh, dah la korang. Aku rasa mau dah sampai KL aku type ni. Panjang berjela. Hiks.
Esok kalau rajin kak enon update lagi yea.



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin




xoxo.
u know who?


No comments:

Post a Comment