Tuesday, 21 July 2015

Corat coret Raya 2015

Hi.
Oke tunggu jap. Nak sapu sawang ni haa..(buat action sapu sawang)
hohoho.. Ye. Paham. Belog ni dah bersawang.
Tahap kemalasan tolonggggg la pahamm. Pemalas yang amat.
So hari ni baru tergedik2 balik nak hapdet belog.
Stalk belog orang lain kemain laju lagi hakak. Heheh.
Lagi pun skang kan zaman insta insta ni. Semua yang update pun update gambar, update life memasing dekat insta kan?
Hakak ni haaaa? Nak hapdet pun bukan ada apa nak hapdet.. I am no celebrity blogger dik nonnnnn...
Last aku hapdet belog ni ialah pada bulan satu a.k.a Januari. Hahaha.. Gila pemalas. Pemalas pun tak gila macam ni weh.
 Well macam yang aku cakap tadi laaaa.. mana ada orang baca belog aku ni. Aku je dok mengomel sorang2 depan PC ni ha...
Kot ada yang baca pun silent reader kot.
Tak ada pun yang tinggal jejak kat blog aku ni ha. Bukan jejak tapak kaki yea. Comments la maksud aku. Ke korang tak boleh nak komen ke macam mana?
Jap lagi aku nak skodeng jap widget aku.
So, kalau ada readers yang dah baca, please do leave some comments ok? Cakap hai pun oke dah....At least aku tau comment box aku tu functional.

Since dah lama tak menulis..otak aku dah tepu. Tak tahu la nak tulis apa lagi? Nak update resipi tu...boleh la. Next entry yea. Nak sumbat entry kali ni pun ok jugak. Muntah hijau la korang baca. Baca sampai lebam. Miahahaa.

Panjang tak mukadimmah kak enon dik non? Itu baru mukdimah yea. Hihi. Kalau ada yang tanya aku kenapa lama tak update belog? Aku akan jawab saje malas! Amboiii...sombongnye...Kemain lagi jawapan tu sombong nau macam lah kau tu retissssss...

Hari ni dah 5 Syawal. Sekejap je kan. Tu la dunia ni nak kiamat dah. Masa berlalu cepat nau. Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan suami. Best woih..(macam aku sorang je ade laki..mohon tampar sedas. Kekeke)
Tahun ni tema grey. 4 Shades of Grey sebab ade 4 orang je. Aku, suami aku, abah and mama. Bukan 50 Shades of Grey yea. Haiipppp! Tak mau lucah2 dalam belog akak ni yea. Blog ni 'U' oke. Untuk tatapan umum.
Lepas tu aku tengok ramaiiii nau yang pakai baju warna grey tahun ni. Kawan-kawan aku la. Yang retis or celeb aku tak tau la kan.
At first masa abah aku beli kain warna grey aku dah macam huk alohhhh seriously grey? Tak cantik ah! Giteww.
Lepas tu, hakak pulak yang excited terlebih. Beli baju sampai lebih dari sepasang. Konon macam banyak sangat rumah terbuka and open house nak pergi. Feeling2 Che Ta leteww konon2 banyak undangan.Tapi, nan hado oke. Start koje pun raya ke 4. Untuk sedapkan hati, kita simpan dulu baju-baju tu buat pakai pergi kenduri ke or apa2 majlis nanti yea.

This year, our first raya as husband and wife was at my side of family (since we live with our parents). Dah kenapa aku speaking London macam baru balik dari England kekdahnya. Ceh. Meluat betoi. Hahaha. So, rutin pagi raya tak perlu la aku cerita sebab sama je dengan orang lain. (sembahyang raya,makan juadah raya,salam bersalaman).

Cuma tahun ni panjang pulak khutbah raya. Yang aku ni bertuah boleh tersengguk-sengguk tertido oke. Kuang hajo pagi2 raya dah buat dosa. Ceh. Sampai pukul 9.45am kekdahnya. Lepas tu terus la ke rumah nenek aku. Tengok2 lengang dah. Sapo pun nan hado. Cuma pintu kayu rumah nenek aku tu terbukak, kitorang syak nenek aku ada kat dalam. Dia just lock grill je.

Sangkaan kitorang tidak meleset sama sekali (ayat novel pulok dah kenapaaaaa. Meh tampor laju2). Nenek aku memang ada kat dalam. Tengah istirehat tengok tv. Aku tanya la nenek kenapa tak ikot semua orang pergi beraya rumah Mak Ngah ?(refer to the pak ciks and mak ciks)
Ah,malas aku! Katanya.... Huhu. Nenek aku dah 90++  tahun ni, mau nye dia nak ikut beraya sana sini? Kirim salammmmmm. Berehat kat rumah lagi baik katanya. Elok jugak kan.

Lepas tu bergegas la aku seisi familia pergi umah Mak Ngah. Tahun ni raya pertama macam rushing sikit. Sebab nak kejar Solat Jumaat kan. So, semua nak cepaaatt je.

Raya kedua, pagi tu aku and husband pergi la ke Gombak. Sebab rumah nenek dia kat Gombak. Mak mertua aku pun ada sana. So, moh la kita ke Gombak. Highway langsung tak jem. Memang smooth je perjalanan kitorang. Alhamdulillah.

Dah sampai tu, biasa la pergi beraya semua kan. (Malas nak type dah..) So far, so good la raya tahun ni. Naik kembang tekak kak enon tengok rendang dikk.. Sana sini orang hidang rendang. Ye la dah raya kan? Harus la ada rendang. Tak kan nak hidang pizza pulok? Releven la cikit woih (cakap kat diri sendiri). Tekak bajet omputih leteww bosan dengan rendang. Penampor sedas kang baru tau. Hehe.

Lepas tu dah petang raya sikit, balik rumah bukak FB. Wah sana sini orang hapdet beraya dengan familia. Meriah fesbuk. Warna warni Aidilfitri. Ewahh.. Hihi. Aku pun taknak kalah. Update jugak walaupun gambar tak center. Husband cakap, laaaa..pasai pa hang dok post gambaq tak center nih? Ishh hang ni laaa..
Oke aku tipuu.. Husband I tak cakap utara oke. Dia cakap KL. Aku je drama queen. Tapi betul la dia tak puas hati gambar yang aku post tu. Hihih.

Aku kan main bedal je. Yang penting akak gorjes dalam gambau itu. Matik la puji diri sendiri kan. Miahahahaha...

Eh, dah la korang. Aku rasa mau dah sampai KL aku type ni. Panjang berjela. Hiks.
Esok kalau rajin kak enon update lagi yea.



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin




xoxo.
u know who?


Friday, 10 April 2015

Cara Mengatasi Rasa Malas

Hi all! Assalamualaikum semua..damai lah manusia..lalala (lirik lagu FT) AGAGAGA..

Terlebih sudah intro kak jemah. Hihi.. Oke macam biasa la kan. Ahkak memang busy memanjang. Tak sempat nak bukak blog and update entri. Melampau sangat tahap kemalasan nih. Sampai nak bukak PC pun malas oke. Malas tahap mintak kaki je haku nih. Sebab fikir balik, bukan ada orang baca pun blog sendu ni kan.? Agagaga..

Oke terlanjur bukak PC, aku pun rajun la nak update..(rajun pun bolehhhh...lantakkk situ.. rajin lah! Haishh typo medang..). Mak oi last entri aku ialah pada 19/1/2015 kot! Gile bersawang lah belog sendu haku ni dik oi.

Actually, aku tak ada apa nak story pun. Busy la jugak life aku lepas kawin ni. Nak melayan suami. Masak untuk seisi familia. Gituh. Poyo mintak penampor sedas kan. Tapi tapi tapi....jangan tak tahu iolls tak stop hobi iolls which is baking oke. Aku kalau seminggu tak baking aku rase macam gian. Rasa tangan tu gatal-gatal,pastu rasa tidur pun meracau-racau. Oke itu over terlampau-lampau mintak siku. Hihi. Tangan gatal tu iye la jugak. Tapi tidur meracau tu palsu belaka. Agagaga.

Aku selalu rasa macam malassss je sekarang ni. Tak tau la napa kan. Mungkin sebab blog ni senduuu je kan. Aku ada baca beberapa artikel pasal cara nak mengatasi malas.

1. Jangan duduk lama sangat.

Kalau ikut logik kan, bile korang duduk, badan korang akan tegak dalam beberapa saat je..Lepas tu, badan korang akan rasa MALAS and korang akan bersandar...Bila bersandar..memang malas ah kan? So, lebih baik berdiri je dik non...Kalori pun terbako skali.

2. Jangan makan banyak sangat.
Yang ini iolls setuju bebenor. Sebab Rasulullah S.A.W pun ada pesan kan, makan bila lapar, BERHENTI sebelum kenyang. Yeap..sebab bila makan penuh2 tangki perut tu..mana udara nak pergi kan.... so lepas makan kenyang nak meletop perut tuh, mata mula la ngantok..pastu tidur terbongkang krohh krohhhhh berdengkur pulak tuh.. Ishhhh.. tak boleh macam tu.. 

3. Sebelum tidur, ambil henpon letak dekat2 korang dulu pastu baru boleh tidur..Sebab korang mesti ada rasa malas kan dah baring, pastu fon bunyi, kena bangun ambil fon? Hahaha...

Oke. Itu je. Lama tak menulis,makin sendu jadi nya. Tak ada motif pun entri kali ni.. caucincauu..




Monday, 19 January 2015

Lama Menyepi

sanding
Hi all! Assalamualaikum..

Lama gila iolls menyepi oke. 3 bulan aku biar belog aku ni bersawang. Busy punye pasal. Busy ke kau masalahnye? Hahaha. Yeap busy la semenjak dah kawen ni haa. Sampai jammed kot otak and jemari iolls nak type apa nih??

Oke belum terlambat lagi rasanya nak wish happy new year. Selamat tinggal 2014. Hello 2015.
2014 has been a tough year for us Malaysians.. But this will grow us to be stronger,and thankfull. Aisehhh speaking London pulak kak jemah.

Ok aku tak tau nak cerita apa ni. Alhamdulillah..setelah 8 tahun aku dan suami aku bercinta, akhirnya, aku sah bergelar isteri kepada suami ku. Aisehhhh..mood jewang lagi nih. Perasaan tu memang happy and bersyukur sangat2. Ada jugak yang sudi memperisterikan aku.

Macam tak percaya pun ada kot..sebab aku kenal suami aku since aku 18tahun.Suami pulak 26tahun masa tu. dan 8 tahun kitorang berkawan. Syukur sangat2 akhirnya kitorang berkahwin jugak. Aku melalui zaman remaja aku dengan suami aku la. Zaman emo aku semua dia layan kan aje. Kekeke.

Like aku tak boleh bayang kalau aku kawen dengan orang lain cemana gayanya kan. Serius tak tipu.
Aku sangat2 bersyukur. Majlis hari tu pun berjalan lancar. Iolls pakai kaler kuning. Hihihi.
Pelamin buat sendiri as kitorang memang ade bisnes pelamin. Boleh cekidaout FB Teera La Mizie untuk tempahan. Sekitar Ipoh sahaja ok sebab kitorang base kat Ipoh.

Banyak nye aku celoteh. Jom layan gambau oke. Tata.!

ni lepas nikah

batal air sembahyang










Thursday, 9 October 2014

Hantaran DIY

Hi!
Eh lama bebenor tak update blog. Ala bukan ada orang baca pun...Aku sorang je yang baca blog aku sendiri! Hehehe.
Al-kisah nya Kak Jemah sibuk dengan urusan rumah. Bukan beli rumah yea.Kemas rumah. Itu lebih tepat. Aku ubah susun atur perabut bilik aku ni ha. Al maklumla nak kenduri nanti,bilik pengantin harus la kemas dan tampak bersih. (tampak??)

Lepas sibuk dengan raya korban hari tu, sibuk kemas rumah pulak. Plus buat hantaran lagi. Ok ada 7 total hantaran aku. Penat Kak Jemah ok. Ketibas jap dua hari nak siapkan hantaran. (dibaca : ketiak basah).

Oleh sebab kali ni tema kahwin aku ialah penjimatan maksima, aku telah berjimat sehabis mungkin untuk hantaran aku. Bunga2 hiasan tu semua aku pakai balik bunga masa tunang hari tu. Idea aku selak2 majalah Inspirasi Pengantin or Ratu Sehari. Lepas tu gabung dengan idea aku maka terhasil lah hantaran aku. Maybe sesetengah orang akan cakap awal sangat ni buat hantaran. Tapi aku suka macam tu. Tak ada lah nak kelam kelibut nak siapkan hantaran nanti. Plus nak berkarya ni kena bertenang-tenang yea. Orang seni katanya...harusla nak buat kerja seni tu dengan bertenang. *mohon muntah beramai2*

Alhamdulillah siap jugak hantaran aku. Tinggal lagi dua dulang je. Itu pun sebab tak beli barang nye lagi. Potong stim betui. Mama aku dah bising2 suruh siapkan cepat. Alaaa...barang tak beli lagi...aaaaaa tak suke tak suke kerja tergendala.

Aku ni pulak jenis alah habuk dengan sponge hijau nak cucuk bunga tu kan. So bersin2 berhingusan lah aku buat hantaran tuh. Habis sepah ruang tamu aku kerja kan. Miahahaha. Family aku sporting. Deme diam je nengok. Plus bagi idea sikit2.

Lepas siap satu, aku perhati hantaran aku dari jauh. Tak puas hati perhati ikot depan, aku perhati ikut belakang, tepi kiri and kanan. Dok melangut depan satu2 lepas siap satu2. Bangun pagi, turun tangga je,aku mengadap hantaran aku. Mihmih. Gitu la excited nye iollss. Puas hati sebenarnya dapat buat hantaran kahwin sendiri. Serius jimat banyak kot. Plus puas hati sebab dapat buat ikut jiwa kau. Jangan memain uollss..nak buat hantaran pun kena ada jiwa yea.Kekeke.

Gambar nanti nak dekat2 majlis nanti aku letak kat blog ni ha. Eh nak sambung kemas ni.
Caucincau...









Sya.

Wednesday, 24 September 2014

Terima Kasih

Hi! Assalamualaikum.!

Lama tak menulis dalam ni. Bukan busy, tapi tak tahu nak tulis apa. Kalau tulis sembarangan kang dah jatuh fitnah. Choiiii.. kosser tau.!

Aku kan dah dekat nak kahwin ni..aku rasa lain macam. Rasa macam aku dah jauh dari parents aku. Even kitorang duduk serumah and we did and do talk to each other every single day. Entah la..rasa macam rindu sangat kat diorang. Padahal diorang depan mata je pun. *sigh*

Aku rasa macam selama aku hidup setakat ni.,aku tak serve lagi kat diorang. I mean..compare dengan apa yang diorang dah buat untuk aku. Lahir kan aku,menyusu aku,jaga aku, bagi aku makan and pakai. Bagi aku pendidikan.,bagi aku duit belanja. Beli apa yang aku nak. hadiah sana sini. Banyak sangat-sangat okay. Tak boleh nak kira balik. And diorang tak mengungkit pun. Tak pernah. Not even once. 

Haih. Emo pulak sensorang depan pc. Adakah sebab aku nak period ni? Mencik sangat tau. Eh tapi betul la. Bila dah makin dekat tarikh kawin ni,aku rasa macam alahaii..sekejap je aku duduk dengan parents aku. 
Ye la..time aku kecik dulu, aku tak ingat memori-memori aku dengan diorang. Kecik..mana nak ingat.

Tapi aku punya memori start time aku umur 5 tahun. Aku dah boleh ingat. Masa tu mama aku pengasuh bayi and budak-budak kawasan kejiranan aku tu lah. Masa aku 5 tahun tu, mama aku asuh adik sedara aku. Kira anak kepada adik mama aku la. Sekarang dah masuk Uitm dah budak tu.

Aku ingat lagi, time tu aku nak pergi tadika. Tadika start pukul 8.30 ke 9 pagi ke tak silap aku. Mama akan kejutkan aku lebih awal dari biasa sebab mintak tolong enjut baby tu (adik sedara aku tu la) yang tengah tido dalam buaian. Aku pun dengan mamai2 enjut budak tu, while mama aku pergi beli ikan kat van. Van tu selalu datang pagi2.Ada jual sayur,ikan,ayam. Macam pasar bergerak. Alah, kat semua perumahan pun aku rasa ada macam tu kan.

So lepas mama aku dah balik, mama suruh aku mandi and bersiap. Pastu mama ikat rambut aku. Mama suap aku breakfast.Pastu aku jalan kaki pergi tadika. Kakak aku time tu dah darjah 3. Dah sekolah dah. Zaman dulu ok je mak ayah bagi anak2 jalan kaki pergi tadika.Tak ada rasa risau ke apa ke. Serius.

Sekarang ni jangan harap la. Culik budak sana sini. Rogol budak sana-sini. Risau woih. Aku yang dah besar ni pun risau,apatah lagi yang dah jadi mak ayah kan. Haih la dunia akhir zaman..

Tapi sampai-sampai je tadika mesti diorang semua dah habis nyanyi lagu 'Good Morning' tuh. Sebab aku selalu lambat. Best apa lagu tu. Nanti, bila aku ada anak nanti, aku nak ajar anak aku nyanyi lagu tu. Mihmihmih.

Pastu dah balik dari tadika, mama dah siap2 masak makan tengah hari. Best. Tapi aku tak ingat sangat la situasi tengah hari aku macam mana time umur 5 tahun tu.

Pastu dah masuk sekolah rendah, mama teman aku kat darjah satu. Hari pertama mak ayah boleh teman lagi. Aku ingat lagi, aku dapat masuk kelas nombor satu, 1 Cempaka. Wahh kerrlas jahhh. Hahaha. Lepas tu, mama tunggu la aku kat luar tingkap sekolah tu, tengok aku dalam kelas macam mana. Aku kan jenis tak reti nak berkawan..sampai sekarang pun..kalau baru kenal je, aku memang akan diam. Sebab aku tak tahu nak cakap apa. Serius tak tahu woih. Sebab tu kalau first time jumpa orang akan label aku sombong and kerek. Kekeke.

Hari kedua darjah satu, mama ada lagi tunggu aku. Bila time rehat mama teman aku makan. Mama ada bawak bekal ke makan kantin aku dah tak ingat. Masuk hari ketiga, aku dah sorang-sorang. Mama dah tak boleh teman dah. Aku rasa aku ok je kot. Ada setengah budak yang menangis meraung2 bila mak deme nak balik woih. Poyo je (jahat gila aku). Aku kan dari kecik memang jiwa kental. Ecece. Padahal dalam hati ada taman. Kekeke. Aku sedih jugak time mama aku balik tu. Tapi aku tengok mama aku ok je. Aku pun ok je la. Hihihi.

Sampai la aku darjah 6. Aku sebenarnya tak berapa ingat la detail2 kan. Tapi seingat aku, mama and abah aku tak ada la abaikan aku and kakak aku. Maksud aku abaikan tu ialah macam tak ada la diorang biar je apa yang kakak aku and aku nak buat. Contoh kalau main petang2 tu, maghrib dah suruh masuk rumah. Pastu suruh susun jadual untuk kelas esok. Aku paling benci susun jadual. Erghhh..leceh woih. Me not loike.

Pastu kalau hari report day ke apa ke.,abah aku yang selalu datang. Sebab mama busy jaga budak kat rumah kan. Mama pernah jaga sampai ada dalam 8 orang maksimum kot. Gila ramai padahal rumah time tu kecik comei je. Hihihi. Punya la mama gigih jaga budak sebab nak bantu perbelanjaan rumah kan. Thanks ma.

Time aku sekolah rendah, kalau aku tak ada koko (kokurikulum), aku akan balik rumah terus. Tolong mama aku asuh budak-budak tu. Plus aku memang suka layan budak-budak. Maybe sebab aku bongsu kot. Aku akan buat susu ke, bentangkan tempat tidur ke, tengok la macam mana kan. 

Lepas tu masuk sekolah menengah, aku sekolah harian jugak. Kosser sangat nak masuk sekolah asrama. Aku yang tak nak. Ngehngeh. Masa sekolah menengah...ala biasa la zaman rebel kan. Zaman protes. Zaman kau rasa kau dah besar dan kau tak perlu sesiapa lagi. Ceh..aku rasa nak sepak je diri aku time tu. Aku memang jiwa gothic ke apa ke time tu. Macam bangang. Lagu nak dengar MCR (My Chemical Romance). Pastu suka gila kat Avril Lavigne sebab rasa dia macam cool gilak oke. (bodoh gile time ni)

Time aku aku punya tahap protes tak la sampai teruk macam sesetengah budak-budak zaman sekarang ni. Nauzubillah. Maybe sebab aku sekolah semua perempuan. So tak ada la cintan cintun ni ha. Aku banyak habis masa kat rumah. Kadang-kadang kalau lepas sekolah, kalau member ajak pergi lepak mall, aku akan call mama aku dulu. Guna public phone kat luar sekolah. Mama aku pulak bagi je tu. Mungkin sebab dia percaya kat aku kot.And aku pergi mall tu bukan buat apa pun. Jalan-jalan tengok baju..cuci-cuci mata. Ekekeke. Tapi tak ada menggatal ke apa k. Just jalan2 je.

Satu pasal mama and abah aku. Dari dulu diorang tak pernah nak paksa or marah-marah or keras dengan kakak aku  and aku. Tu cara didikan diorang. Except once masa abah paksa aku pakai tudung bila dapat tau aku dah akil baligh . Time aku aku kan tengah nak membesar. Memang protes ok. Tapi aku bersyukur aku di paksa pakai tudung tu. :)
Diorang cool and loving.Of course la time marah, memang marah. Tapi entah la diorang marah tu aku and kakak aku tak ada la sentap ke apa. Sampai nak lari dari rumah. Or tak balik rumah.Tak tau nak cakap macam mana. Maybe sebab zaman tu tak ada handphone or social media ni kan. So quality time dengan family tu ada waktu malam. Depan tv. Best apa time tu. Even aku tak berapa nak ingat la cerita apa aku tengok ngan family aku.

Eh panjang gila aku type weh. Tak pernah dibuat nya sampai macam ni. Punya la banyak kenangan aku ngn mama abah aku. And alhamdulillah, diorang masih ada lagi. Still the same every single day. Still loving to each other and still loving us and care for us two (even yang sorang lagi tu dah jadi mak buyung kan..). Tapi yeah..mama and abah always ada dengan aku and kakak aku. Sampai sekarang,time kitorang besar ni ha. Dah nak kawin dah pun. Still ada. Tak pernah turn us down sampai la ni.

Tak terungkap dengan kata-kata,setiap pengorbanan mama and abah dekat aku and kakak aku. Sampai la sekarang ni ha. Still the same. Kedut-kedut kat raut wajah diorang bukti dan saksi pengorbanan diorang besarkan aku and kakak aku dengan penuh jerih dan susah payah, yet aku still tak boleh nak balas lagi pengorbanan diorang tu. Terlalu besar and banyak untuk aku balas. Sebenarnya, tak terbalas. Itu lebih tepat. Tak terbalas...



Terima Kasih Abah..
Terima Kasih Mama..




Terima Kasih.



Sya.



Monday, 22 September 2014

Like Seriously...?

Hi. Asslamualaikum.

Ok cerita kepada tajuk di atas apabila aku ada terbaca pasal serum mengecilkan bentuk wajah. Wahhh..best  sangat ni! *excited sekejap*

To be honest, diri ini memang merupakan wanita biasa yang suka kepada kecantikan. dan diri ini memang terlampau obses kepada bentuk tubuh yang kurus terutaama di bahagian peha. Aku akan start emo bila aku try jeans dekat mall,pastu tak muat. I will tun out to be The Hulk kalau jeans tu ketat kat peha. Yes. I am saiko like that. Mihmihmih.

Aku pasti yang semua wanita kat sana ada bahagian tubuh badan yang dia akan saiko kan? Contoh macam aku kes aku, aku stress dengan peha aku yang terlajaaakkk lemak ni kan. Sesetengah orang stress sebab lengan dah macam Captain America tuh. Or ada yang stress sebab muka/wajah/pipi diorang a bit chubby or lebar sikit. (berikutan faktor genetik yang manuasia harus redho)

Yang bab stress tu ok lagi. Mai pulak ada manusia yang suka amik kesempatan atas kekurangan orang lain (atau orang tu yang rasa dia terkurang...padahal oke je like i said kalau redhoo ok la kan..). Ada pulak lately ni orang jual serum kuruskan muka. Like seriously??

Dunia sekarang memang menakutkan. Serum kuruskan muka.? Aku tak berniat la nak jatuhkan or caras bisnes sesiapa. Yang menjual tu pun sekadar nak cari rezeki. Yes faham tu.

Tapi sekarang ni nak cakap pasal hak kita sebagai pengguna. Betul. Kita sebagai pembeli/pengguna/customer memang ada hak dan kuasa untuk ubah semua ni.

Like seriously korang fikir sapu serum tu kat muka, muka akan jadi kurus? dalam masa seminggu or sebulan pulak tu....haih la dunia...apa nak jadi.. (cakap sensorang depan pc)

Thursday, 18 September 2014

Jual Beli Online.. Mudahnya!

Hi.
Assalamualaikum. Well kan aku nak kahwen bulan11 ni. So tinggal beberapa bulan je lagi kan. Preparation alhamdulillah setakat ni. Semua dah ready. Tinggal nak bayar je. Oke itu part menangis beramai2 yea. Hehee.

Oleh sebab aku ni jenis orang yang moden dan bertekno(logi) (dibaca : bertekno) ,aku malas la nak pergi kedai2 dan survey. Iolls penat okeh. Tambah2 lagi vendor2 perkahwinan ni ha. Especially yang urusan kad kawen, dan printing stuff ni. Kalau duduk area KL memang berlambak kan. Kat Ipoh ni ada. Tapi harga tak munasarawak plus tak banyak pilihan.

Oleh sebab aku ni sayang sangat kat Mr.G aku, (di baca: Mr.G) ,aku kerap cari semua benda ni online! Contoh aku type STICKER THANK YOU TAG MURAH., ambik kau berkoyan-koyan website yang keluar. Kalau banyak website yang keluar meaning banyak pilihan la kan? Memang ohsem sesangat! Ai suka sangatt..!

So aku pun klik2 sampai penuh tab2 aku ni ha. Last2 jumpe satu online grafik business yang memang ohsem.
Ceria Kad Kahwin nama dia. Wahhh best sangat ni.

So aku tempah la sticker thank you untuk tampal kat door gift tu nanti. Lepas tu sebab ni bulan promosi, dapat la free button badge 20pcs. Best sangat oke. 

Plus servis pun cepat. Hantar je emel, confirm oder, terus je diorang hantar invoice. Lepas tu baru diorang bagi link untuk kita pilih design2 mana yang berkenan. Ada la kod kat situ. Korang boleh adjust nama,warna,dan corak. Tapi tiga kali komen je ok. Lepas tu kena cas rm10. Memang ohsem sangat2 ni.

Lepas dah pilih tu, dia confirm apa semua, diorang hantar invoice final siap dengan details design kita tu, then lepas kita buat payment separuh dari jumlah asal, walla! siap! Korang melangut je la depan pintu pagar tunngu pos laju sampai.

Memang best gila. Same goes to kad jemputan aku. Online jugak. So minggu lepas dah sampai dan alhamdulillah berkeadaan baik.

Mama aku sampai cakap aku kahwen ni rasa macam relax sebab barang sampai depan rumah je. Senang.
Ye la kau nak survey sampai tahap macam mana pun, last2 kau beli jugak. So, daripada penat survey manual...baik la survey online je. Memang puas hati. Servis pun tip top.



Sekarang ni dah sticker dah siap.boleh la proses tampal menampal...Ekeke.



Sya.